International Islamic College, Kolej Islam Antarabangsa

Kolej Islam Antarabangsa
(International Islamic College)

Sejak ditubuhkan pada tahun 2001 dan sehingga kini telah melahirkan lebih daripada daripada 5000 graduan. Penubuhan Kolej Islam Antarabangsa adalah untuk melahirkan mahasiswa yang bukan saja berkebolehan dalam bidang akademik, malah cemerlang dari segi sahsiah. Untuk mencapai objektif itu, ciri-ciri dan nilai yang positif sentiasa diterapkan di dalam pelaksanaan setiap program akademik.

IIUM

Milik UIA

Kolej Islam Antarabangsa (International Islamic College) ialah sebuah institusi pengajian tinggi (IPTS) yang dimiliki sepenuhnya oleh IIUM Higher Education iaitu anak syarikat milik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM). Oleh sebab itu jugalah Kolej Islam Antarabangsa sering dinamakan sebagai Kolej UIA.

IIC acuan IIUM

Acuan Universiti Islam Antarabangsa

Kurikulum pengajian di Kolej Islam Antarabangsa dibentuk berteraskan kualiti pendidikan antarabangsa dan mengikuti perkembangan terkini yang memenuhi keperluan pasaran dengan dikawalselia oleh Lembaga Akademik yang dianggotai professor dari UIAM dan institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan serta wakil sektor industri.

Islamization of knowledge

Konsep 'Islamization of Knowledge' atau mengislamisasikan ilmu pengetahuan sentiasa dianjurkan agar warga IIC dapat menyeimbangkan ilmu duniawi atau ukhrawi (acquired and revealed knowledge) di dalam kehidupan seharian.

International Islamic College - MQA

Akreditasi Penuh MQA

Program-program di Kolej Islam Antarabangsa mendapat akreditasi penuh daripada MQA (Malaysian Qualification Agency). Ini membolehkan graduan Kolej Islam Antarabangsa menyambung pengajian di IPTA tempatan dan universiti luar negara seperti di United Kingdom dan Australia.

Berdaftar Dengan JPA

Kolej Islam Antarabangsa berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Dengan pengiktirafan ini, graduan Kolej Islam Antarabangsa boleh bekerja di sektor awam mahupun swasta.

Kolej Islam pertama menerima Sijil ISO

Kolej Islam Antarabangsa adalah kolej Islam pertama yang berjaya menerima sijil ISO 9001:2008 dari SIRIM dan QAS dan mengekalkannya sejak 2004.

International Islamic College

Islamisasi ilmu

Seperti UIAM, IIC juga percaya bahawa mengislamisasikan ilmu pengetahuan (Islamization of Knowledge) adalah sebahagian kaedah untuk mengimbangi ilmu keduniaan dan ilmu wahyu. Ini adalah sejajar dengan pendekatan dan konsep islam yang sebenar yang secara tidak langsung dapat memenuhi misi dan visi IIC untuk menjana graduan yang profesional dan bertaqwa ke arah membentuk modal insan yang cemerlang dan terbilang untuk kemajuan ummah pada masa hadapan.

Dikawalselia oleh Lembaga Akademik UIA

IIC adalah satu-satunya kolej swasta di Malaysia yang mempunyai Lembaga Akademik yang mana ianya dapat menjamin bahawa kualiti akademik IIC sentiasa berada di tahap yang tertinggi.

Sebagai bukti kesungguhan IIC menitik-beratkan kualiti pendidikan, program akademik di IIC dikawalselia oleh Lembaga Akademik yang kebanyakan ahlinya adalah profesor dan dekan dari UIAM dan sebahagiannya adalah anggota Senat UIAM sendiri.

Lembaga Akademik ini berfungsi untuk mengawal selia program akademik IIC, sejajar kehendak UIAM yang merupakan universiti induk kolej ini, yang sentiasa mementingkan kualiti pendidikannya.

Lembaga ini berperanan menilai dan memantau kurikulum dan kursus yang dijalankan di IIC, memastikan peperiksaan yang dijalankan menepati standard dan menjadi bahan yang mengesah dan meluluskan keputusan peperiksaan yang dijalankan di IIC.

Pinjaman PTPTN RM24,000

Pinjaman PTPTN untuk pelajar diploma Kolej Islam Antarabangsa adalah sebanyak RM24,000 untuk sepanjang sesi pengajian selama dua tahun lapan bulan. Pelajar ijazah pula menerima pinjaman sebanyak RM48,000. Namun pinjaman PTPTN tidak disediakan untuk pelajar peringkat sijil.

Bahasa Inggeris Intensif

Program Pengukuhan Bahasa Inggeris secara intensif juga disediakan untuk pelajar yang berhasrat memperkukuhkan kemahiran mereka dalam menguasai bahasa itu. Yuran yang dikenakan sangat minimum dengan jaminan pelajar akan dapat memperkukuh kemahiran Bahasa Inggeris mereka dalam tempoh masa yang ditetapkan. Program Bahasa Inggeris tersebut telah mendapat kelulusan dari MQA dan kurikulumnya adalah menepati standard antarabangsa.

Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar

Selain itu, selaras dengan kemajuan global yang menitikberatkan penguasaan Bahasa Inggeris, IIC meletakkan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar utama selain daripada Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Arab. Kebolehan graduan IIC berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris memberikan kelebihan kepada mereka untuk diterima masuk ke universiti tempatan dan luar negara, atau bekerja di syarikat multinasional. Sistem jadual kelas di IIC juga memberikan masa belajar yang lebih untuk kelas Bahasa Inggeris yang mana pelajar diberikan sekurang-kurangnya 224 jam kuliah.

Kaunseling percuma

Untuk memantapkan lagi prestasi pelajar, IIC sentiasa memberi khidmat nasihat atau kaunseling secara percuma kepada pelajar terutama yang mempunyai masalah berkaitan akademik mahupun peribadi melalui kaunselor bertauliah di Jabatan Bimbingan Kerjaya dan Kaunseling.

80% graduan mampu menceburi bidang pekerjaan

Dengan adanya sistem akademik yang berkualiti dan diterap dengan program seperti yang dinyatakan, maka tidak hairanlah lebih daripada 80% graduan IIC berjaya mendapat pekerjaan di sektor awam dan swasta, atau melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara.

Pensyarah dedikasi dan berkualiti tinggi

Kebanyakan kakitangan akademik dan pentadbiran yang bertugas di IIC adalah graduan terbaik UIAM. Dengan ini, IIC dapat menggunakan pengalaman mereka di dalam memastikan kualiti pendidikan tertinggi dapat dikekalkan dan berdiri sama tinggi dengan UIAM sebagai Universiti contoh bagi IIC.

Mahasiswa seimbang akademik dan sahsiah

Kami di IIC sentiasa menitik beratkan kecemerlangan pelajar kerana ia adalah sejajar dengan hasrat dan cita-cita kami untuk melahirkan mahasiswa yang seimbang dari segi akademik dan sahsiah, dan pada masa yang sama menjadi umat yang taat dan patuh kepada ajaran agama masing-masing.

International Islamic College

Kolej 1Malaysia

IIC juga mempelawa lebih ramai pelajar Cina, India dan lain-lain keturunan masyarakat mendaftar di kolej ini. IIC juga menyediakan pelbagai jenis aktiviti sukan untuk semua pelajar sepanjang tahun, seperti bola sepak, bola jaring, futsal, bola tampar dan juga seni mempertahankan diri iaitu silat dan taekwando.

International Islamic College

Kampus sendiri

IIC tidak memyewa di rumah kedai atau menumpang di sekolah atau kolej lain. IIC mempunyai kompleksnya sendiri iaitu di Taman Batu Muda, Kuala Lumpur yang lengkap dengan kemudahan dan frasarana pendidikan tinggi. Persekitaran fizikal IIC telah mendapat pengiktirafan dari MQA dan KDN.

Hostel disediakan

Kolej Islam Antarabangsa menyediakan kemudahan hostel penginapan pelajar bagi yang memerlukan. Kawasan hostel terletak di luar kampus induk Kolej Islam Antarabangsa. Bas disediakan untuk membawa pelajar berulang-alik dari kampus ke hostel. Setiap unit hostel dikawal oleh warden dan pengawal keselamatan sepenuh masa.

Kolej Islam Antarabangsa

Sesi Kemasukan
Sijil dan Diploma

28 Mei 2016
11 Jun 2016
23 Julai 2016
27 Ogos 2016
24 Sept 2016

Sesi Kemasukan
Federation University Australia

16 Julai 2016
5 Nov 2016

Sesi Kemasukan
Teesside University UK

27 Ogos 2016

Program yang ditawarkan

Sijil

Teknologi Maklumat
Pentadbiran Perniagaan
Bahasa Inggeris
Enforcement Management
Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Diploma

Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Pentadbiran Perniagaan
Pengurusan Pejabat
Teknologi Maklumat
Sains Komputer
Animasi Kreatif
Pengurusan Pemasaran
Perakaunan
Perbankan & Kewangan Islam
Pengajian Islam Kontemporari
Graphic Design
Enforcement Management
Risk Management

Ijazah

Early Childhood Studies
Business (Entrepreneurship)
Commerce (Accounting)
Early Childhood Studies

Yuran Pendaftaran hanya RM440

Pinjaman PTPTN
RM24,000